PERUTUSAN UCAPAN PBDS SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Salam sejahtera dan salam hormat,

Disini bagi seluruh pihak keluarga dan anggota Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS), kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya di Sarawak. Tidak lupa juga kepada umat Islam Malaysia di perantauan. Kami mendoakan anda sekeluarga sihat sejahtera dan bergembira disamping keluarga dan sanak saudara tercinta dan juga sahabat handai.

Kita juga tidak lupa akan saudara Dayak Muslim kita yang menyambut perayaan ini dan ini sungguh bermakna buat mereka. Kita jangan lupa agama Islam merupakan agama yang universal disambut oleh sebahagian daripada penduduk lain di dunia dan ia tidak semestinya ekslusif kepada satu kaum sahaja. Ini adalah salah satu persepsi yang salah dimana ia menimbulkan salah faham tentang agama ini. Kesimpulannya ialah mana-mana agama mengajar kita tentang kecintaan, kesyukuran dan kebaikkan sesama mahluk di dunia ini. Jadi, kadangkala ia dijadikan isu untuk melakukan keburukkan yakni untuk ketamakkan seseorang dan ini telah mencemarkan nama agama tersebut.

Kita berasa bersyukur kerana dapat menyambut perayaan ini dalam keadaan aman dan harmoni. Amalan kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi adalah rutin setiap kali adanya perayaan sebegini. Ia mengeratkan perhubungan yang baik di antara kaum keluarga dan sahabat handai yang berlainan bangsa dan agama. Inilah keunikan negara kita. Perayaan ini tidak seharusnya dipolitikkan demi kepentingan individu-individu berkenaan kerana mereka tamak dan haloba.

Disamping itu, kita berdoa agar dijauhkan perkara yang tidak baik berlaku dan kami berdoa agar kita semua berada dalam keadaan yang sihat dan selamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s