MENTERI BELIA DAN SUKAN HARUS DILANTIK DENGAN SEGERA- PEMUDA PBDS

KUCHING – Pergerakan Pemuda Parti Bansa Sarawak Baru (PBDS), Annuar anak Putit yang merupakan salah seorang atlet paralimpiad menyarankan agar Menteri Belia dan Sukan haruslah segera dilantik. Menteri Belia dan Sukan yang terdahulu di bawah Kerajaan BN adalah Khairy Jamaluddin dan kini masih belum diisi di mana masih lagi belum dilantik di bawah Kabinet Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohammad setelah Pakatan Harapan memgambil alih pemerintahan Malaysia pada Pilihan raya Umum Ke 14 yang lepas.

Menurut Annuar, Sukma dijangka akan berlangsung pda hujung bulan Ogos atau awal bulan September.

“Perkara demikian telah menyebabkan banyak perkara tergendala di seperti latihan dan pemilihan elit. Untuk pemilihan para atlet dan juga latihan amatlah singkat terutama sekali pada atlet para yang dari kawasan pendalaman seperti rumah panjang atau dari ulu sungai yang telah mewakili Sarawak dan membawa nama Sarawak menjuarai sukan paralimpiad 11 kali berturut.
Sukan Sukma dan Paralimpiad dijangka akan diadakan pada hujung bulan Ogos dan masa untuk persediaan adalah singkat” kata Annuar.

“Disini lagi ingin menegaskan lagi pihak Kerajaan yang memerintah tidak harus mengaitkan penglibatan sukan dengan politik. Kerajaan PH diseru agar melantik Menteri Belia dan Sukan agar para pegawai Majlis Sukan Negara boleh melangsungkan sesi latihan untuk para atlet dan semua urusan berkenaan dengan sukan dapat berjalan dengan lancar. Maju sukan untuk Negara” tegas Annuar.

Disamping itu, kebajikkan atlet hendaklah dijaga walaupun selepas mereka bersara demi mengenang budi mereka yang menyumbangkan tenaga mereka dalam bidang ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s