PERUNTUKAN SAMA RATA UNTUK SEMUA WAKIL RAKYAT, USAH CONTOHI BN- PEMUDA PBDS

KUCHING– Ketua Pemuda Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS), Rapelson Richard Hamit menyarankan agar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membahagikan peruntukan yang sama rata kepada semua wakil rakyat tanpa mengira parti pemerintah ataupun parti alternatif.

Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan untuk wakil rakyat PH
sebanyak RM500,000 untuk Ahli Parlimen dan peruntukan RM200,000 untuk ADUN manakala untuk wakil rakyat alternatif sebanyak RM200,000 untuk Ahli Parlimen dan sebanyak RM100,000 untuk ADUN.

Menurut Perdana Menteri, peruntukan itu dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri buat kali ke-3 hari ini.

“Kita akan tetap bagi peruntukan kepada mereka tapi kurang sikitlah,” kata Tun Mahathir pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuart Kabinet di Putrajaya hari semalam.

“PH tidak harus mengikut jejak langkah BN dalam mentadbir Malaysia. PH haruslah membuktikan bahawa mereka haruslah adil dan saksama kepada semua wakil rakyat tidak kira daripada parti pemerintah mahupun daripada parti alternatif. Peruntukan untuk kawasan haruslah dibahagikan seadil adilnya. Kita haruslah mencontohi sistem politik yang matang seperti di Eropah. Begitu juga peruntukan pilihanraya haruslah diberi kepada parti alternatif dan haruslah dibahagikan secara sama rata dan usah contohi BN dan usah membalas dendam. Teruskan usaha memperjuangkan dan membangunkan rakyat” tegas Rapelson ketika dihubungi pada pagi tadi.

One thought on “PERUNTUKAN SAMA RATA UNTUK SEMUA WAKIL RAKYAT, USAH CONTOHI BN- PEMUDA PBDS

  1. Iban hanya pandai cakap kosong sahaja..hahahahaha.
    IBAN TIDAK MAMPU MENGANGKAT BANGSA NYA SENDIRI UNTUK SETARAF DENGAN BANGSA LAIN YANG LEBIH MAJU DI MALAYSIA, kalau cakap tak serupa bikin … itu iban tahu.
    Minum cap langkau iban tahu…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s