400 ahli PRS Tamin keluar parti, mahu Masing letak jawatan presiden parti

SELANGAU: Parti Rakyat Sarawak (PRS) menerima tamparan sekali lagi apabila lebih 400 ahli PRS bahagian Tamin hari ini mengumumkan keluar parti itu.

Timbalan Pengerusi PRS bahagian Tamin Augustine Amin berkata mereka meninggalkan parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti.

“Kami kecewa dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presiden parti Tan Sri Dr James Jemut Masing yang bersifat kepentingan peribadi.

“Tindakan kami meninggalkan parti dilakukan secara sukarela tanpa paksaan mana-mana pihak,” jelasnya ketika ditemui di Rumah Jangit, Sungai Igu, Tamin.

Hadir sama ialah Bendahari PRS bahagian Tamin bekas Kaunselor Gawan Ma-ieng.

Augustine berkata PRS bahagian Tamin sebulat suara mahu Masing meletak jawatan sebagai presiden parti dan bertanggungjawab di atas kekalahan calon Barisan Nasional (BN) yang diwakili PRS.

“Kami mahu Masing meletak jawatan sebagai PRS kerana kesilapan yang dilakukan beliau dengan perjuangan yang bersifat kepentingan peribadi dan menyebabkan parti kehilangan tiga kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu,” ujarnya.

Pada PRU ke-14, PRS gagal mempertahankan kerusi Parlimen Selangau, Lubok Antu dan Julau.

Sementara itu, kira-kira 300 ahli PRS bahagian Kakus turut telah mengumumkan keluar parti itu pada 29 Mei lepas di majlis yang diadakan di Rumah Nuari, Arip, Selangau.

Sumber – Utusan Borneo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s