PERUTUSAN GAWAI DAYAK PBDS

Kuching – Parti Bansa Dayak Sarawak Baru dalam perutusan Gawai Dayak menyifatkan bahawa perayaan Gawai Dayak disambut setiap tahun oleh masyarakat Dayak di Sarawak. Ia dianggap suci oleh kaum Dayak kerana ia menandakan berakhirnya, musim menuai padi. Namun begitu, ada kisah disebalik perayaan ini. Ia tidak diiktiraf ketika di era penjajahan British. Kebangkitan semangat nasionalisme pd 50an dan 60an di kalangan kaum Dayak amat menyerlah ketika itu. Beberapa tokoh terkenal Dayak yg bersatu untuk mendesak perayaan ini diiktiraf oleh kerajaan British termasuklah mendiang Tra Zehnder yg dikenali “The Iron Lady of Dayak” ketika itu. Namun, setelah, kerajaan Sarawak menyertai Malaya, North Borneo(kini Sabah) dan Singapura, akhirnya, hasil usaha itulah, buat julung kalinya, perayaan ini dirayakan secara rasmi pd tahun 1965 dimana ia telah diluluskan oleh DUN Sarawak yg diketuai oleh CM Swk ketika itu oleh mendiang Stephen Kalong Ningkan sebagai cuti umum bagi menghormati perayaan tersebut.

Ini menunjukkan pada ketika itu kerajaan Sarawak bebas membuat keputusan berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963. Diakui, tidak ramai kaum Dayak pada masa kini yang tahu menahu tentang perjanjian ini. Perjanjian ini mengiktiraf hak kesamarataan setiap kaum di Malaysia bukan sahaja segi pengurusan ekonomi, malah dalam pendidikan, pekerjaan, kebebasan beragama, pembelaan budaya mengikut kaum masing-masing dan juga ekonomi. Seperti perjuangan oleh kaum-kaum Dayak pada masa lalu, perjuangan ini diteruskan oleh PBDSB yang mahukan bangsa Dayak diiktiraf sebagai bangsa utama dan bukannya “Lain-Lain” mahupun kaum bumiputera kelas kedua di Malaysia.

PBDS amat mengalu-alukan saranan oleh yang berhormat di kerajaan pusat baru-baru ini yang mahukan perayaan Gawai Dayak ini dijadikan sebagai cuti umum di seluruh negara. Ini adalah salah satu pengiktirafan yang amat baik utk menghormati Sarawak sebagai sebuah negara amnya. Sekaligus ia menjaga hubungan erat diantara kedua-dua buah kerajaan. Disamping itu, banyak isu Dayak diketengahkan yang juga harus diselesaikan bersama agar ini menjadi keharmonian di negara dan masyarakat. Isu seperti pemilikan tanah NCR, pengiktirafan mahkamah Adat Bumiputera setara dengan mahkamah syariah dan sivil adalah antara yang harus diberi perhatian kerajaan pusat.

Dengan kesempatan ini, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak kepada seluruh kaum Dayak tidak mengira dimana jua anda berada. Kami berharap lebih ramai Dayak menyertai perjuangan kebangkitan nasionalisme ini pada masa yang akan datang seperti yang dilakukan oleh tokoh-tokoh Dayak tersebut.

Sekian, terima kasih.

One thought on “PERUTUSAN GAWAI DAYAK PBDS

  1. Saya tidak pernah melihat dokumen MA63 yang asli, dokumen MA63 yang berada di google web & youtube itu saya katakan sebagai tidak boleh dipakai kerana ia tidak mengandungi tandatangan (No Signature) diatas nya.
    MA63 (Malaysian Agreement 1963) itu adalah dokumen bertaraf antarabangsa dan sulit, mana mungkin ia tidak bertanda tangan? Lagi pun orang or individu yang uploadkan MA63 ke internet itu bukan pihak kerajaan melainkan pihak yang tidak diketahui apa identiti dan status nya. Kerajaan Malaysia tidak mungkin mahu menyebarkan dokumen MA63 itu di youtube atau di google begitu sahaja.
    Ramai pihak yang terlibat dgn MA63 termasuk pihak Luar negara seperti China, Indonesia, Philipines selain British & United Nation.
    MA63 yang dilihat di internet itu bukanlah menyebut tentang Malaysia tapi menyebut tentang Confederation Of Malaysia be erti MA63 itu bukanlah satu borang/paper Agreement tapi merupakan satu paper utk (draf/cadangan) tentang penyatuan Melaya/Singapore/Berunai/Sarawak & North Borneo.
    Di Sarawak bangsa iban guna nama PBDS selalu bangkitkan isu (Sarawak keluar Malaysia) dan pihak iban yang selalu bangkitkan perkara MA63 itu, adakah mereka benar benar tahu apa erti MA63?
    Kalau iban sarawak tidak benar benar 100% tahu tentang MA63 itu, maka janganlah membangkitkan perkara itu lagi kerana perkara MA63 itu bukan perkara sembarangan dan memiliki dokumen MA63 itu rakyat bangsa iban perlu ada kebenaran bertulis dari Yang Dipertuan Agung atau Perdana Menteri Malaysia dengan sokongan memihak dari Mahkamah Tinggi Malaysia.
    Saya banyak tahu tentang Bangsa Iban disarawak, mereka selalu membuat perkara yang alang alang atau hanya merupakan (Hangat Hangat Tahi Ayam) sahaja dan setakat tahun 2018 ini belum pernah ada persatuan iban yang benar benar mampu membuat sesuatu yg disebut sebagai (On Behalf Of) iban dan persatuan iban (NCR) kalah di mahkamah kerana iban satu bangsa yang suka bertindak tanpa usul periksa terlebih dahulu dan orang iban juga tidak bersatu hati sesama mereka.
    Kewangan iban juga terbatas.
    Dalam berpersatuan iban juga seringkali berpecah belah.
    Oleh itu lebih baik bangsa iban diam sahaja dan bangkitkan isu MA63 itu lagi kerana bangsa iban tidak mampu membuat Sarawak merdeka dari Malaysia.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s