PBDS TUNTUT TPM II DAN TPM III UNTUK SABAH DAN SARAWAK

Bau – Jawatan Timbalan Perdana Menteri II dan Timbalan Perdana Menteri III wajib diwujudkan untuk Sabah Sarawak di mana Sabah Sarawak adalah rakan kongsi yang sama rata dengan Malaya menurut Ketua Pergerakan Wanita Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Sylvia Anak John Gemok.

Pakatan Harapan haruslah tunaikan manifesto yang telah dilancarkan oleh Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Kota Kinabalu pada September 2017. Pakatan Harapan berjanji untuk memberi jawatan timbalan perdana menteri dalam Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak serta bahagian pendapatan yang lebih besar sekiranya pakatan itu berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14. Hal sedemikian terbukti menang besar dan masa untuk menunaikan janji.

Menurut beliau juga, Persekutuan Malaysia haruslah menghormati Perjanjian Malaysia (MA63).
Jawatan Perdana Menteri haruslah secara begilir antara Malaya, Sabah dan Sarawak dan maksimum dua penggal (2) atau sepuluh tahun (10). Untuk Sabah Sarawak Perdana Menteri boleh jadi Dayak dan tidak semestinya Islam di mana Sabah Sarawak adalah Negara sekular dan tiada agama rasmi.

“Ya, orang itu juga hendaklah berkelayakkan untuk memimpin dan disenangi dimata rakyat. Ini adalah kualiti yang kita mahukan. Kita tidak mahu pemimpin walaupun berpendidikan tinggi tetapi dia mementingkan diri sendiri dan kroninya sahaja.” Ujar Sylvia.

“PH hendaklah membuktikan bahawa mereka adalah kerajaan yang dipilih rakyat. Mereka juga seharusnya menerima kritikan dari seluruh lapisan masyarakat dan bukannya seperti yang dilakukan oleh kerajaan BN, dimana mereka menghukum pengkritik mereka pula. Kritikan itu hendaklah membina negara bukannya kritikan berbentuk fitnah yang kita mahukan sehingga menghancurkan negara.”

PBDS juga menuntut Pakatan Harapan agar untuk meningkatkan pengurusan petroleum Sarawak 100% dikembalikan kepada Sarawak dan memulangkan 50% kutipan hasil dari Sarawak kembali kepada negara itu.

Sylvia John juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada masyarakat Dayak yang meraikannya dan Hari Keaamatan kepada warga Sabah bagi pihak PBDS di mana Hari Gawai Dayak dan Keaamatan adalah tradisi atau adat yang disambut tiap-tiap tahun bagi masyarakat Dayak.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Wan Azizah kerana memegang portfolio Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Kebajikklan. Beliau berharap nasib wanita dan golongan yang sememangnya memerlukan bantuan lebih terbela daripada yang lepas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s