Kerajaan Barisan Nasional Sarawak Digesa Mengeluarkan Data Statistik Tanah Negeri Sarawak – PBDS Baru

PETRA JAYA – Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) meminta Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak untuk bertindak lebih proaktif berhubung isu tanah di negeri ini. Jelasnya, apa yang seharusnya dilakukan oleh Kabinet BN Sarawak adalah mengeluarkan data statistik pemilikan tanah di Sarawak.

“Sekiranya Kerajaan BN negeri pimpinan Abang Jo serius dan ikhlas dalam menyelesaikan isu Tanah NCR, mereka perlu mengeluarkan data statistic status tanah di negeri ini”, kata Cobbold yang juga merupakan Presiden PBDS ketika menghadiri perbicaraan kes Tanah Hak Adat (NCR) Dayak Kampung Melugu Dau petang tadi.

Menurut nya, umum sedia mengetahui bahawa tanah di Sarawak adalah hak milik kerajaan dan dibahagikan kepada dua kategori “registered stateland” dan “unregistered stateland”. Tanah Hak Orang Asal (NCR) adalah dibawah “unregistered stateland”.

“Unregistered stateland” ini yang menjadi isu apabila kerajaan memberikan PL(provisional lease) kepada pihak syarikat atau individu tertentu menerusi Seksyen 28 Kanun Tanah Negeri”, jelas Cobbold.

Menurutnya lagi, pihak Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak berkewajipan mengeluarkan data statistic untuk pengetahuan umum. Beliau meminta agar Abang Jo dan Kabinet negeri memberitahu rakyat Sarawak berapa keluasan tanah yang telah digazet sebagai “registered stateland”, tanah yang dikategorikan sebagai “unregistered stateland”, provisional lease (PL) yang telah diberikan, tanah yang telah diberikan geran individu dibawah Seksyen 18 dan syarikat syarikat yang memegang pajakan berkenaan.

“Selain itu, pihak PBDS Baru juga ingin tahu status pemilikan tanah yang telah menjadi gunasama dibawah Seksyen 6”, ujar Cobbold.

Beliau berkata, tidak ada alasan Barisan Nasional gagal mengeluarkan statistik berkenaan melainkan ada “something to hide”. Katanya, Jabatan Tanah dan Ukur Negeri seharus nya memiliki data tersebut.

“Ya..sepatutnya tak menjadi masalah. Lain lah jika ada pihak berkepentingan memiliki tanah yang perlu dilindungi. Kita rakyat Sarawak terutama nya kaum Bumiputera seperti orang Dayak, Melanau dan Melayu berhak mengetahui pekara ini”, kata Cobbold.

Beliau juga meminta kerajaan BN Sarawak mendedahkan dokumen asal berkaitan pembentukan Malaysia yang diperoleh di London dibawa ke pengetahuan umum. Menurutnya, kemungkinan ada element penting berkaitan tanah NCR terkandung dalam dokumen berkenaan.

“Kita tengok dan lihat ketelusan kerajaan BN Sarawak nanti. Jangan pula kata under Akta Rahsia Rasmi (OSA)..susahlah”, kata Cobbold.

Menurut Cobbold, ini adalah keempat kali pihak nya telah mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara berkaitan. Tetapi, memaklumkan tiada sebarang respon dari Kerajaan Negeri Sarawak.

“Ya, ini kali keempat. Tapi mereka (BN Sarawak) membisu. Kerajaan Persekutuan pun telah bertukar, apa lagi yang mereka mahu sembunyikan?”, soal Cobbold.

Beliau juga menambah, isu pemilikan tanah menjadi duri dalam daging masyarakat Sarawak terutamanya orang Dayak yang mewarisi tanah turun temurun.

“Saya rasa, pekara ini (status pemilikan tanah) perlu dipaparkan untuk pengetahuan awam dan kita mahu tahu siapa pemilik PL itu”, jelasnya.

2 thoughts on “Kerajaan Barisan Nasional Sarawak Digesa Mengeluarkan Data Statistik Tanah Negeri Sarawak – PBDS Baru

  1. BN sarawak tetap tidak sokong dayak iban, oleh itu seharusnya dayak iban dan bidayuh disarawak sertai PAKATAN HARAPAN KERANA MENYERTAI BN SARAWAK ADALAH PERBUATAN YANG SIA SIA.

    Like

  2. Jikalau menyertai Pakatan Harapan party dayak iban akan memperoleh kuasa pemerintah versi baru disarawak dan sekaligus boleh mengatasi abang johari dalam berbagai bidang kuasa di sarawak, oleh itu party milik iban di sarawak harus bertindak segera sekarang dan sertai lah kerajaan pusat PAKATAN HARAPAN.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s