LAKSANAKAN PEKELILING OKU 2008 SEBAGAI UNDANG-UNDANG UNTUK MELINDUNGI GOLONGAN ISTIMEWA- ANNUAR PUTIT

GEDONG – Menurut Annuar Anak Putit yang juga merupakan Pergerakan Pemuda PBDS Baru N. 26 Gedong menyokong dan bersetuju dengan kenyataan Ketua Pemuda PBDS Baru, Rapelson Richard Hamit menyatakan Akta OKU 2008 merupakan satu panduan OKU. Memandangkan ianya cuma panduan, tiada tindakan dikenakan ke atas pesalahnya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Datin Seri Wan Azizah diatas perlantikan beliau sebagai Menteri Pembangunan Keluarga dan Wanita.
Annuar juga mahu ianya (Akta OKU 2008) dilaksanakan sebagai undang-undang untuk menjaga kebajikan golongan istimewa.

Kerajaan Persekutuan yang baru terbentuk ini haruslah lebih prihatin. “Istilah “Cacat” atau “Orang Kurang Upaya (OKU)” seharusnya digantikan istilah yang lebih mesra seperti “golongan istimewa”.
Di Eropah mereka digelar “special needs”. Kebanyakan daripada golongan ini mampu membuat pekerjaan yang tidak boleh dibuat oleh orang lengkap anggota malah mereka juga mampu untuk menyara isteri dan anak-anak. Inilah anugerah Tuhan, kelebihan dalam kekurangan. Bukan mereka minta seperti ini namun ini anugerah Tuhan” katanya.

“Kemudahan-kemudahan atau insentif haruslah disediakan oleh Kerajaan untuk golongan ini seperti tambang pengangkutan awam dan penerbangan, kemudahan telekomunikasi, kemudahan air dan elektrik setengah harga, kemudahan skim perumahan khas dan lain-lain kemudahan kini terhakis. Kerajaan baru haruslah mengembalikan hak hak ini” katanya.

Menurutnya, lagi sekarang pasar raya juga menyediakan kemudahan tandas mesra dan tempat letak kereta golongan istimewa ini juga menyediakan kemudahan letak kereta golongan istemewa. Ini merupakan satu peningkatan dalam kesedaran masyarakat malah mereka peka terhadap golongan ini.

Peruntukan dan elaun golongan ini haruslah dikaji semula menurut Annuar.

“Elaun EPC haruslah dinaikkan daripada RM350 ke minimum RM800, Bantuan Orang Tua (BOT) dinaikkan dari RM300 ke minimum RM800, Bantuan Penjagaan OKU/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) dinaikkan daripada RM200 kepada minimum RM800, Bantuan Anak Pelihara (BAP) ditetapkan kepada minimum RM600 untuk setiap orang, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dinaikkan daripada RM200 kepada minimum RM800, Bantuan Kanak-kanak (BKK) dinaikkan sehingga minimum RM600 setiap orang sehingga berusia 18 tahun, geran pelancaran dinaikkan daripada RM 5000 kepada RM50, 000 serta diberi latihan keusahawanan, Elaun ibu tunggal harus ditetapkan ke RM800 minimum, Bantuan Sekolah dinaikkan sehingga minimum RM600″ tegas Annuar menyatakan manifesto Pakatan Harapan haruslah ditepati seperti yang menjanjikan minimum RM800 hingga RM1000 elaun bulanan kepada golongan ini.

Menurut beliau lagi, peluang pekerjaan 1% golongan istimewa haruslah dipenuhi dalam sektor awam dan swasta dan perlu ditambah menjadi 2% kerana mereka ini ramai yang berkelayakan namun tidak diberi peluang. Insentif dan kemudahan ini haruslah diberikan seadilnya tanpa pilih bulu. Dayak pun harus diutamakan menurut beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s