PBDSB NYATAKAN PENDIRIAN TIDAK SERTAI BN ATAU KERAJAAN PERSEKUTUAN PH- RAPELSON

KUCHING– Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) melalui Ketua Pergerakan Pemuda PBDSB, Rapelson Richard Hamit yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya PBDSB berkenaan menegaskan pendirian bahawa PBDS tidak pernah berhasrat untuk menyertai Barisan Nasional (BN) mahupun Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya juga menerangkan bahawa khabar angin PBDSB bakal menyertai PH adalah tidak benar. Pendirian kita tetap dari awal hingga kini di mana kita tidak berhasrat sertai Kerajaan Persekutuan PH mahupun BN. Kita boleh bekerjasama dengan mereka namun bukan menyertai mereka. Kita tidak mahu terikat dan terkongkong dengan mereka dan kita tidak mahu menyerahkan hak-hak kita kepada Putrajaya” kata Rapelson

“Kita (PBDSB) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan PH yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohammad yang telah dibentuk baru baru ini. Kita (PBDSB) akan menjadi pemerhati kepada kerajaan yang sedia bagi memastikan (10) sepuluh manisfesto ditunaikan dalam 100 hari dan lain-lain manifesto ditunaikan dalam masa (5) lima tahun. Janji adalah janji dan wajib ditunaikan” kata Rapelson.

“Walaupun kalah dalam pilihan raya namun kami akan tetap meneruskan tuntutan dalam manifesto kami dengan mendesak Kerajaan Persekutuan PH untuk untuk mengiktiraf Bansa Dayak seperti “Lain-lain” dan “Bumiputera” digantikan dengan “DAYAK” dalam borang rasmi Kerajaan dan juga dalam semua perkara termasuklah dalam Perlembagaan Persekutuan, mengembalikan status Sarawak kepada Negara, 100% pengurusan minyak Sarawak dikembalikan kepada Sarawak, kebebasan beragama, menaiktaraf Mahkamah Bumiputera dengan mengantikannya dengan Mahkamah Dayak dan setaraf dengan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi terutamanya dalam menyelesaikan hal adat istiadat Dayak dan Tanah Hak Adat Dayak (NCR) dan seumpamanya, menyelesaikan isu Kewarganegaraan Sarawak di pedalaman yang tercicir, peluang pekerjaan dan ekonomi dalam sektor awam, mengembalikan Tanah Hak Adat (NCR) Dayak, mengembalikan hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan seumpamanya. Dibawah pemerintahan Tun Mahathir dahulu Dayak boleh dikategorikan dalam Bumiputera Kelas Kedua. Kita tidak mahu sejarah berulang lagi” tegas Rapelson

2 thoughts on “PBDSB NYATAKAN PENDIRIAN TIDAK SERTAI BN ATAU KERAJAAN PERSEKUTUAN PH- RAPELSON

  1. Iban tidak bersatu hati sesama bangsa iban dan iban juga tidak ada sumber kewangan yang cukup untuk menaja pertubuhan iban atau dayak sebab itu iban selalu menjadi bangsa yang senang ditindas oleh bangsa lain di sarawak.

    Like

  2. Bangsa iban atau Party Politik Iban tidak penting bagi Party Pakatan Harapan kerana tanpa penyertaan Party politik iban pun party Pakatan Harapan boleh menjadi sebuah party yang kuat dan sudah pun menang dan kini menjadi party yang memerintah negara malaysia.😍

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s