PERJUANGAN AGENDA DAYAK DITERUSKAN-RAPELSON

KUCHING– Perjuangan Agenda Dayak diteruskan menurut Ketua Pemuda Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Rapelson Richard Hamit walaupun Pakatan Harapan telah mengambil alih pemerintahan Malaysia.

Menurut beliau, PBDS akan memantau semua manifesto Pakatan Harapan ditunaikan dalam 100 hari termasuklah janji-janji untuk memansuhkan GST.
Janji-janji berkenaan wajib ditunaikan seperti yang dijanjikan. Peranan PBDS adalah sebagai “Watch dog” katanya.

“Najib dan UMNO telah berjaya ditumbangkan. Sekarang agenda Dayak adalah untuk menuntut hak Dayak dan Sarawak terutamanya dalam tuntutan Tanah Dayak (NCR), kebebasan beragama, peluang ekonomi, pendidikan, pekerjaan dalam sektor awam dan sebagainya” tegas Rapelson.

Rapelson juga meminta Dayak bersatu dalam PBDS untuk menuntut Hak Dayak dan Sarawak di mana boleh menjadi realisasi seandainya Dayak bersatu dalam parti Dayak.

“Kita berharap kerajaan Malaysia baru, mengakui kewujudan Bansa Dayak Sarawak dan mengiiktiraf kita sebagai sebuah bangsa dalam perundangan Malaysia. Kita bukan bangsa “lain-lain” dan juga bukan “Bumiputera” kata beliau.

PBDS juga menuntut Ketua Menteri Dayak menjelang tahun 2021. Menurutnya juga Pengulu Tawi Sli yang berasal dari Banting merupakan Ketua Menteri Dayak yang pertama dan yang terakhir yang mengantikan Stephen Kalong Ningkan yang merupakan pengasas SNAP.

“Selain itu kami menuntut agar Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohammad, menunaikan janji beliau untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 demi kebaikkan tiga entiti yang membentuk Malaysia” Tambah Rapelson.

Beliau dalam kenyataan nya meminta agar kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir melakukan reformasi dalam sistem pentadbiran negara.

“Adalah amat wajar dipertimbangkan untuk melantik Timbalan Perdana Menteri I dari Malaya, Timbalan Perdana Menteri II dari Sarawak dan
Timbalan Perdana Menteri III dari
Sabah. Jawatan Perdana Menteri haruslah bergilir untuk Malaya, Sabah dan Sarawak dan maksimum dua penggal. Selain itu, Tun juga perlu menyedari akan kewujudan parti-parti pembangkang tempatan di Sarawak” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s