Kebangkitan Politik Dayak Penanda Aras PRN12 – PBDS Baru

Sri Aman – Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru hari merakamkan ucapan tahniah ke atas kemenangan Pakatan Harapan (PH) atas kejayaan menumbangkan BN dan menawan Putrajaya pada PRU14 ini. Dalam kenyataan media, presiden PBDS Baru, Cobbold John juga merakamkan terima kasih kepada penyokong tegar parti itu untuk P202 Sri Aman yang telah memberikan sokongan padu dan kepercayaan walaupun parti itu kalah pada PRU kali ini. P202 yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru, Datuk Masir Kujat (BN-PRS) memperolehi 14,141 undi, Norina Umoi (PH-PKR) memperolehi 8321 undi manakala Cobbold (PBDS Baru) hanya meraih 538 undi.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong-penyokong dan pasukan PBDS Baru. Walaupun kalah, kita tetap bermaruah dan perjuangan Dayak belum berakhir”, kata Cobbold.

“Kita juga ucapkan tahniah kepada parti lawan dan kita terima kekalahan ini dengan hati terbuka dan kita mengakui banyak perubahan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan. Perjuangan kita adalah untuk bangsa Dayak”, ujar beliau.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda PBDS Baru, Julius Enchana melalui posting di Facebook mengucapkan penghargaan ke atas perjuangan PBDS Baru dan menyifatkan semangat juang Dayakism masih membara dikalangan orang Dayak.

“Kita lihat, tsunami kali ini adalah tsunami rakyat tolak Najib BN dan adalah amat membanggakan apabila rakyat Sarawak terutamanya orang Dayak telah menghantar isyarat bahawa mereka bukan lagi deposit tetap”, kata Julius.

Tambah beliau, misi parti seterusnya adalah menukar pemerintahan Barisan Nasional di Sarawak pada PRN 12 kelak. Beliau menyedari tugas ini adalah berat dan ianya adalah tugas bersama pemimpin dan rakyat.

“Ya, misi seterus nya adalah Projek Ketua Menteri 2.0. Contohilah Warisan di Sabah yang diketuai Datuk Seri Shafie Apdal dan di Sarawak kita ada PBDS Baru dan kita akan usahakan ke arah itu”, kata beliau.

Ditanya samada parti itu bakal menjalin ikatan dengan Kerajaan Persekutuan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan, Julius memberitahu bahawa masih terlalu awal untuk diperkatakan dan memberitahu bahawa apa jua keputusan Majlis Tertinggi Parti akan disokong penuh pihak pemuda.

“Masih awal untuk membuat kesimpulan. Projek Ketua Menteri 2.0 akan diketuai oleh Cobbold. Beliau telah menggalas tugas ini sejak penubuhan semula PBDS. Ini adalah masa untuk pemimpin Dayak duduk semeja. Be a general instead of foot soldiers”, kata beliau.

“Oleh itu, beliau telah menyahut cabaran “Heart of Borneo”. Tugasan berat ini kita galas bersama. Jika di Malaya Gen Y telah bangkit, bila lagi Gen Y Dayak di Sarawak bangkit?. Teruskan Dayak Agenda, penyatuan Dayak dalam politik. Buktikan kepada dunia Dayak Baru akan bangkit”, tegas nya.

One thought on “Kebangkitan Politik Dayak Penanda Aras PRN12 – PBDS Baru

  1. Party milik dayak sarawak tidak mampu menjadi party yang memerintah Sarawak sebab bangsa dayak sarawak Kurang Bijak….Dan menteri menteri dayak sarawak menteri yang tidak bijak dan lepas menang pilihan raya apa yang mampu dilakukan oleh menteri iban ialah (Bersembunyi dari rakyat) dan (Muncul lagi bila tiba hari mengundi)…

    MENGAPA BANGSA MELANAU YANG SANGAT SEDIKIT ITU BOLEH MEMERINTAH DAN KONTROL BANGSA IBAN..? dan MENGAPA BANGSA IBAN YANG 10 KALI GANDA LEBIH BANYAK DARI MELANAU ITU TIDAK MAMPU MEMERINTAH BANGSA MELANAU..???😁😁😁
    Jawap nya ialah…IBAN TIDAK BIJAK.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s