RANCAKKAN PELUANG EKONOMI DI SRI AMAN- COBBOLD JOHN

SRI AMAN – Presiden Parti Bansa DAYAK Sarawak BARU (PBDS Baru) Cobbold John, yang juga calon P. 202 Sri Aman, menekankan segi pembangunan ekonomi jika dipilih sebagai wakil parlimen Sri Aman.

Menurutnya, kawasan Parlimen Sri Aman mempunyai banyak potensi pelancongan dan ekonomi yang dapat dilaksanakan untuk meningkatkan ekonomi tempatan. Ini akan memberi lebih banyak peluang pekerjaan, serta menaik taraf kehidupan masyarakat tempatan di sini.

“Di Sri Aman peluang mempromosikan aktiviti sukan air dan rekreasi serta pelbagai aktiviti di sungai dan tebing sungai Sri Aman untuk menarik perhatian lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Sebagai contoh, Pesta Benak juga merupakan tarikan tempatan yang terkenal untuk Sri Aman,” kata Cobbold

“Di samping itu, pengeluaran madu kelulit, penginapan homestay, sarang burung dan sebagainya perlu diperkembangkan dari kawasan Balai Ringin sehingga ke Sri Aman dan kilang-kilang perlu dibina untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang berpotensi” kata Cobbold

Cobbold juga mencadangkan pengeksportan produk pertanian dan buah-buahan tempatan ke luar negara seperti buah ubi, pisang, durian “musang king”, terung Dayak dan sebagainya.

“Oleh itu, Sri Aman sepatutnya memiliki lapangan terbang sendiri kerana ia akan membuka peluang yang lebih besar untuk memperbaiki perkembangan kemajuan dan juga meningkatkan ekonomi di kawasan ini dan juga mengalakkan pengeksportan hasil pertanian” tambah Cobbold.

Cobbold juga menekankan bahawa penyediaan prasarana yang lebih baik kepada peniaga tempatan kerana setakat ini ramai peniaga masih berniaga di kaki lima.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s