PENDIRIAN PERIBADI ANEK DIHORMATI- COBBOLD JOHN

SRI AMAN– Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) Cobbold John memandang positif mengenai Timbalan nya Patrick Anek Uren

“Itu pendirian secara peribadi beliau. Beliau (Anek) boleh membantu mana mana parti sekiranya tidak bertanding. Itu hak beliau. Pendirian parti kita PBDS Baru adalah tetap di mana kita tidak terikat dengan BN atau PH” ketika ditanya mengenai Anek yang kempen untuk Bimol baru baru ini.

“Mordi dan kumpulannya (DAP) dan AMANAH secara peribadi juga pernah membantu calon kita di Pilihan Raya Tanjong Dato (merujuk kepada Rapelson Richard Hamit). Kita berterima kasih namun ianya sokongan peribadi beliau dan bukan parti. Jadi kehadiran Anek adalah bantuan secara peribadi beliau dan bukan pendirian parti atau Majlis Tertinggi. Malah beliau sudah pun menjelaskan nya dan misi adalah untuk melihat BN tumbang”, ujar Cobbold

“Untuk PBDS Baru, kita tidak akan memecat atau memulaukan ahli-ahli parti yang berkempen untuk parti lain. Setiap individu ada hak untuk bersuara namun haruslah ada hadnya. Lihat betapa keterbukaan kita dan yang penting agenda Dayak bersatu. Ini yang kita mahu. Bukannya saling bunuh membunuh (dalam politik),” kata Cobbold

Justeru, Cobbold memohon agar rakyat Sri Aman terutamanya Dayak bersama-sama memberikan kemenangan PBDS Baru di Sri Aman untuk menghantar Anak Dayak ke Parlimen kerana perlu adanya suara Dayak yang lantang di Parlimen.

“Tugas saya tugas yang berat di mana saya akan memimpin generasi baru untuk menawan Dewan Undangan Negeri Sarawak Tahun 2021. Kemenangan ini akan selangkah ke 2021 untuk Dayak dan Sarawak” tegas Cobbold

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s