LAKSANAKAN PEKELILING OKU 2008 SEBAGAI UNDANG-UNDANG UNTUK MELINDUNGI GOLONGAN ISTIMEWA- COBBOLD JOHN

SRI AMAN– Menurut Presiden PBDS Baru Cobbold John yang juga merupakan Calon PBDS Baru P. 202 Sri Aman menyatakan Pekeliling OKU 2008 merupakan satu panduan OKU. Memandangkan ianya cuma panduan, tiada tindakan dikenakan ke atas pesalahnya. Beliau juga mahu ianya dilaksanakan sebagai undang-undang untuk menjaga kebajikan golongan istimewa.

Beliau menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PBDS Baru, Rapelson Richard Hamit

“Istilah “Cacat” atau “Orang Kurang Upaya (OKU)” seharusnya digantikan istilah yang lebih mesra seperti “golongan istimewa”. Di Eropah mereka digelar “special needs”. Kebanyakan daripada golongan ini mampu membuat pekerjaan yang tidak boleh dibuat oleh orang lengkap anggota malah mereka juga mampu untuk menyara isteri dan anak-anak. Inilah anugerah Tuhan, kelebihan dalam kekurangan. Bukan mereka minta seperti ini namun ini anugerah Tuhan” katanya.

“Kemudahan-kemudahan atau insentif haruslah disediakan oleh Kerajaan untuk golongan ini seperti tambang pengangkutan awam dan penerbangan, kemudahan telekomunikasi, kemudahan air dan elektrik setengah harga, kemudahan skim perumahan khas dan lain-lain kemudahan kini terhakis” katanya.

Menurutnya, lagi sekarang pasar raya juga menyediakan kemudahan tandas mesra dan tempat letak kereta golongan istimewa ini juga menyediakan kemudahan letak kereta OKU. Ini merupakan satu peningkatan dalam kesedaran masyarakat malah mereka peka terhadap golongan ini.
Beliau mahu perkara ini ditekankan juga di Sri Aman

Cobbold juga mahu belanjawan kebajikan untuk golongan ini dipertingkatkan mengikut keadaan semasa.

“Elaun EPC haruslah dinaikkan daripada RM350 ke RM500, Bantuan Orang Tua (BOT) dinaikkan dari RM300 ke RM500, Bantuan Penjagaan OKU/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) dinaikkan daripada RM200 kepada RM500, Bantuan Anak Pelihara (BAP) ditetapkan kepada RM500 untuk setiap orang, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dinaikkan daripada RM200 kepada RM600, Bantuan Kanak-kanak (BKK) dinaikkan sehingga RM500 setiap orang sehingga berusia 18 tahun, geran pelancaran dinaikkan daripada RM 5000 kepada RM10,000 serta diberi latihan keusahawanan, Elaun ibu tunggal harus ditetapkan ke RM500, Bantuan Sekolah dinaikkan sehingga RM500.

“Saya akan mengesa kerajaan memberikan insentif RM2000 kepada belia Sarawak yang baru yang berkahwin, insentif RM 1000 untuk ibu-ibu Sarawak yang baru melahirkan anak dan RM2000 bantuan segera untuk rakyat Sarawak yang meninggal dunia untuk pengurusan jenazah” tegas Cobbold

“Saya juga akan mendesak Kerajaan untuk insentif RM1000 sebulan untuk suri rumah sepenuh masa setiap bulan untuk yang berpendapatan rendah. Ini adalah untuk mengalakan penambahan populasi untuk memenuhi tenaga kerja di Sarawak dan di Sri Aman” ujar Cobbold

Menurut beliau lagi, peluang pekerjaan 1% golongan istimewa haruslah dipenuhi dalam sektor awam dan swasta dan perlu ditambah menjadi 2% kerana mereka ini ramai yang berkelayakan namun tidak diberi peluang. Insentif dan kemudahan ini haruslah diberikan seadilnya tanpa pilih bulu.

Perkara berkenaan juga ditekankan dalam manifesto PBDS Baru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s