Hospital Sri Aman perlu disiapkan dengan segera – Cobbold

SRI AMAN– Hospital Sri Aman perlu disiapkan dengan segera menurut Presiden Parti Bansa Dayak Baru Sarawak (PBDS Baru), Cobbold John yang juga merupakan calon PBDS Baru P. 202 Sri Aman ketika dihubungi di Sri Aman pada pagi tadi.

Cobbold mendesak agar BN menggotakan janji mereka dan menyiapkan Hospital Sri Aman dengan kadar segera. Menurut beliau, Hospital Sri Aman menjadi mangsa “janji politik” yang disajikan Kerajaan Barisan Nasional setiap kali pilihan raya.

“Jika kita lihat statistik pengundi berdaftar, jumlah pengundi di Sri Aman sentiasa meningkat setiap lima tahun. Ini menunjukkan orang Sri Aman bertambah dan adalah amat perlu sebuah hospital disiapkan untung menampung bilangan penduduk yang meningkat ini”, jelas beliau.

Cobbold juga menambah, insfrastruktur lain seperti Balai Polis Pantu juga perlu dinaik taraf Dan juga sistem telekomunikasi. Tambahan lagi, saluran paip di Jalan Undup. Katanya, Kerajaan BN harus memandang penting pekara sebegini, bahkan ianya terletak di tepi jalan Pan Borneo.

“Ya, banyak lagi yang kurang. Ini adalah antara contoh, Balai Polis Pantu seperti sebuah pondok dan perlu dinaik taraf, system telekomunikasi dan internet juga penting jikalau penduduk Sri Aman ingin menceburi dalam bidang digital yang kian dilaksanakan”, kata Cobbold.

Beliau juga yang merupakan ahli Dayak Oil Palm Planter Association (DOPPA) telah menghadiri persidangan DOPPA pada pagi ini di Dewan Suarah Sri Aman dan melakukan lawatan ke tapak hospital sebelum ke persidangan DOPPA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s