PARLIMEN SRI AMAN PERLU PEMBANGUNAN FIZIKAL YANG MAPAN- COBBOLD JOHN

Sri Aman – Sri Aman perlukan pembangunan infrastruktur fizikal yang mapan menurut Presiden Parti Bansa Dayak Baru Sarawak (PBDS Baru), Cobbold John yang juga merupakan calon PBDS Baru P. 202 Sri Aman ketika dihubungi di Balai ringin pada pagi tadi.

“Kemudahan asas seperti jalan raya berturap, bekalan air yang bersih dan bekalan elektrik merupakan keperluan dan permasalahan yang sepatutnya diselesaikan sejak dulu lagi, namun Kerajaan BN telah gagal menunaikan janji. Di kawasan Parlimen Sri Aman banyak lagi jalan yang tidak berturap jika dilihat dari segi fizikal seperti yang di Tuba, Mentu dan juga di Tabung. Saya akan menggesa Kerajaan Persekutuan untuk membina jalan di kawasan-kawasan tersebut sekiranya saya dipilih jadi wakil Parlimen,” kata Cobbold .

“Banting merupakan tempat kelahiran Ketua Menteri Dayak yang Kedua, iaitu Penghulu Tawi Sli. Yang hairan nya Jalan Bukit Balau-Banting kira sudah lama dicadangkan, tapi kenapa sehingga sekarang baru hendak pecah tanah pula?” soal Cobbold.

“Pembangunan di Sri Aman tidak banyak berubah semenjak Sarawak menyertai Malaya dan North Borneo (kini Sabah) untuk membentuk Malaysia. Ini amat mengecewakan terutamanya bagi penduduk Sri Aman. Sudah 55 tahun rakyat Sri Aman menunggu. Haruskah mereka bersabar lagi dengan janji yang tidak ditepati? Sudah tiba masanya, penduduk di Sri Aman seharusnya berfikir untuk menukar wakil kerajaan ini kerana mereka telah gagal menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat,” tambah Cobbold lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s