PBDS Mahu Akan Pembinaan Universiti Di Sri Aman

Pendidikan Merupakan Agenda Penting Dayak: Cobbold John

Sri Aman – Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), mencadangkan agar sebuah universiti berlandaskan Dayak dibina di Sri Aman. Pekara ini adalah amat wajar dan menjadikan ianya unversiti Dayak yang pertama di negeri ini.

PBDS juga menyebut, pendidikan iaitu pembinaan sebuah universiti di Sri Aman merupakan salah satu daripada manifesto parti dalam kempen Pilihan Raya Umum ke – 14. Parti ini juga menyatakan hasrat menamakan universiti tersebut sebagai Universiti Datuk Tawi Sli bersempena dengan Ketua Menteri Sarawak yang kedua, mendiang Datuk Tawi Sli.

“Ini manifesto parti, dan sekiranya rakyat Sri Aman memberi mandat serta kemenangan kepada pihak PBDS, saya akan mempunyai peluang mengusulkan pekara ini di parlimen. Universiti ini untuk semua bangsa Sarawak” kata Cobbold.

Cobbold yang juga presiden parti dan juga calon PBDS Baru P.202 Sri Aman berkata, bekas Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar (Dr) Alfred Jabu pernah berjanji untuk membina sebuah universiti di Betong, namun tidak menjadi kenyataan.

“Pendidikan merupakan agenda yang amat penting bagi masyarakat Dayak dan ini bertepatan untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan” jelas Cobbold.

Menurutnya, ini juga bakal membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat pendidik disamping memperkembangkan sosio ekonomi masyarakat setempat.

PBDS dibubarkan ROS pada tahun 2004 dan didaftarkan kembali dengan nama PBDS baru pada tahun 2013. Pada Pilihan Raya Umum kali ini, PBDS meletakkan Cobbold untuk P202 Sri Aman sebagai calon tunggal mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s