Pemuda PBDS Baru Menyokong Penuh Kepimpinan Parti

Sibu – Pergerakan Pemuda PBDS Baru menyokong penuh keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti itu dalam menentukan keputusan calon yang bakal bertanding pada PRU14. Pengarah Pilihanraya PBDS Baru Rapelson Richard Hamit sebelum ini menyatakan calon yang bakal bertanding kini dalam peringkat tapisan terakhir.

Melalui kenyataan media, Setiausaha Pemuda PBDS Baru, Julius Enchana menyatakan bahawa pemuda parti itu akan memberikan sokongan kepada calon yang bakal dipertandingkan.

“Saya bersetuju dengan Rapelson dan proses penapisan calon telah pun melalui beberapa peringkat saringan. Ini kerana, integriti individu itu adalah amat penting. Anak muda parti ini amat menegaskan integriti, kredibiliti dan akauntabiliti dalam kepimpinan dan bukan sahaja popularity sahaja yang penting”, ujar beliau.

Beliau juga menambah, kepentingan masyarakat adalah lebih penting daripada kepentingan individu. Tambah beliau, PBDS Baru adalah sebuah parti yang liberal dan mengutamakan suara anak muda.

“Kita teruskan Agenda Dayak. Segala keputusan beliau (Rapelson) dan Majlis Tertinggi parti akan mendapat sokongan penuh pihak pemuda dan kita harus bersatupadu untuk merampas balik kerusi yang pernah menjadi milik PBDS sebelum ini”, tegas beliau.

Selain itu, Julius juga menegaskan bahawa PBDS Baru adalah parti pembangkang tempatan yang harus disokong oleh masyarakat Dayak dan Sarawak. Ini kerana menurutnya, parti ini adalah parti yang amat unik dan berdikari tanpa sebarang campur tangan Malaya dalam menentukan sebarang keputusan dan hala tuju parti.

“PBDS Baru adalah parti yang mempunyai kuasa autonomi mutlak. Tak perlu tunggu “bos” dari seberang (Malaya) bagi lampu hijau. Ini terbukti dalam pilihanraya negeri yang lalu semua watikah pencalonan terletak ditangan parti itu sendiri”, kata beliau.

Manakala, semasa ditanya samada beliau bakal bertanding pada PRU 14 beliau enggan mengulas sebalik nya mengalakkan jangan ada sebarang sabotaj pada setiap calon. Julius yang juga merupakan Presiden PDD dikhabarkan tersenarai dalam calon berpotensi parti itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s