PBDS Baru Lancarkan 44 Teras Manifesto PRU14

KUCHING: Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) hari ini mengumumkan manifesto bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini, yang menonjolkan keperluan untuk membangun dan memajukan rakyat Sarawak.

Sebanyak 44 perkara digariskan, yang antara lain akan menuntut penggunaan ‘Dayak’ sebagai ‘Bangsa Dayak’ untuk menggantikan lain-lain atau Bumiputera dalam borang di Malaysia. Manifesto parti ini juga menyebut untuk meletakkan Mahkamah Bumiputera setaraf dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah. Manakala Mahkamah Bumiputera he diberikan kuasa mutlak dalam memutuskan segala perbicaraan melibatkan isu-isu Tanah Adat Bansa Asal (NCR).

Selain itu adalah untuk menuntut kajian menyeluruh dan lengkap di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk bagi mengembalikan semula status Sarawak kepada seperti yang termaktub di dalam MA63.

Antara lain adalah menyentuh hak kesaksamaan dalam menjawat jawatan di bidang perkhidmatan awam Sarawak. Selain itu, manifesto mereka juga menyebut bantuan RM2000 untuk pengurusan jenazah.

“Perjuangan politik PBDS Baru hanya di peringkat awal, dan ia akan terus berjuang untuk kebaikan rakyat Sarawak serta orang Dayak,” kata timbalan presidennya, Patrick Anek Uren pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden PBDS Baru, Cobbold John, Ketua Pemuda Rapelson Richard Hamit dan Ketua Pegerakan Wanita, Sylvia John bersama ahli-ahli majlis tertinggi parti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s