PBDS Baru Umum Ketua Sayap Wanita

KUCHING – PBDS Baru dalam sidang media hari ini telah mengumumkan perlantikan Sylvia John dilantik sebagai Protem Ketua Pergerakan Wanita Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru). Beliau sebelum ini merupakan bekas Ketua Wanita STAR Sarawak dan juga seorang yang bergiat aktif dalam Sarawak Association People Aspiration (SAPA).

Sylvia, 38, memiliki Diploma In Business Computing (1998 – 2002) dari Kolej Informatics Miri, berasal dari Sibu dan dibesarkan di Tatau pada masa yang sama telah mengumumkan perletakan jawatan beliau dari STAR Sarawak. Dalam kenyataan media, keputusan beliau menyertai PBDS Baru adalah untuk memperjuangkan hak orang asal di Sarawak terutama sekali kaum Dayak yang sama rata supaya setaraf dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Beliau juga menjelaskan bahawa PBDS Baru merupakan parti tempatan yang ideal dalam memperjuangkan hak Dayak dan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di mana Sarawak adalah rakan kongsi sama rata dengan Sabah dan Malaya.

“Saya menyeru agar lebih ramai masyarakat (waniya) Dayak dan rakan seperjuangan di luar sana bersama saya menyertai PBDS Baru yang merupakan parti Dayak tempatan. Kita harus bersatu dalam satu parti untuk menjadi lebih kuat. Kita haruslah membina lebih banyak “Generals instead Foot soldiers”, ujar beliau

“Saya juga menyokong perjuangan PBDSB selepas Pilihan raya kecil N. 03 Tanjong Datu yang konsisten. PBDS Baru adalah parti yang relevan dalam memperjuangkan Dayak sebagai Ketua Menteri Sarawak menjelang Tahun 2021 (boleh jadi lelaki atau perempuan) dan juga resolusi kepada masalah Dayak yang lain seperti Tanah Hak Adat Dayak (NCR), jurang ekonomi luar Bandar, peluang pekerjaan Dayak dalam sector awam, mengembalikan MA63, membanteras kemiskinan di kalangan masyarakat Dayak, menghormati Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. PBDS Baru juga menawarkan 100% kuasa pengurusan minyak dan gas”, tambahnya lagi.

Pada masa yang sama PBDS Baru juga melancarkan Buku “Buletin PBDS Baru”. Buku berkenaan boleh didapati melalui Timbalan Ketua Pemuda PBDS Baru, William Mangor (Telefon No. 017-8590533) dan Protem Ketua Wanita PBDS Baru, Sylvia John (Telefon No. 019-8155180) dengan harga RM35 senaskah manakala buku “Let Chase Dayak Away” dan buku “Aram Muru Dayak” telah dicetak semula dan dijual dengan harga RM25 setiap naskah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s