Selesaikan Isu MA63 Sebelum PRU14 – Tegas Pemuda PBDS Baru

Usah Alihkan isu ke “Parti Politik Luar Tidak Boleh Tentukan Masa Depan Sarawak

KUCHING – Menurut Ketua Pemuda Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS Baru) Rapelson Richard Hamit, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg harus selesaikan isu Perjanjianan Malaysia 1963 (MA63) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 dan usah mengalih isu parti politik dari luar Sarawak termasuk UMNO yang boleh menentukan masa depan negeri ini kerana parti politik PBDS Baru adalah satu satunya parti pembangkang lokal yang lantang memperjuangkan hak Dayak dan Sarawak.

Tambah beliau, PBB adalah merupakan parti kompenan Barisan Nasional (BN) dan PBB dibawah penguasaan UMNO dan hanya Kerajaan Persekutuan dibawah UMNO BN boleh memutuskan dan menetapkan hala tuju Sarawak selagi PBB masih di bawah BN. Oleh itu, MA63 adalah kunci kepada usaha mengambil balik hak Sabah Sarawak yang telah diambil oleh Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya.

Beliau sedih melihat kelemahan kerajaan Sarawak dibawah pimpinan YAB Berhormat Datu Patinggi Abang Johari yang ternyata telah membuka lebih banyak ruang kepada kerajaan persekutuan mengambil kesempatan ke atas hasil bumi negeri Sarawak. Beliau merujuk kepada penjualan blok minyak oleh PETRONAS kepada sebuah syarikat asing baru-baru ini.

“Blok gas di perairan Sarawak diserahkan PETRONAS kepada syarikat asing dan adakah kerajaan negeri Sarawak tidak menyedari pekara itu?”, soal Rapelson.

Beliau juga menyatakan Kerajaan Negeri Sarawak memiliki kuasa autonomi namun ianya disalah guna seperti kuasa imigresen di mana pemimpin Malaya dan Sabah dihalang masuk ke Sarawak seperti Pemimpin Dayak Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang dihalang masuk ke Sarawak dan perkara ini menghina masyarakat Dayak katanya.

“Kerajaan BN dibawah pentadbiran Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Pengerusi Barisan Nasional negeri harus mengembalikan Hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) daripada kerajaan persekutuan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14. Seandainya tidak maka ianya indah khabar dari rupa dan propaganda dan wayang politik semata mata”, kata beliau.

“Ketua Menteri Sarawak harus selesaikan penyataan semula Kanun Negeri Sarawak Seksyen 5 (2) (f) untuk memberikan hak eklusif ke atas tanah Adat (NCR) dan tambahan yang lain untuk mengembalikan tanah Dayak dan orang Sarawak serta membatalkan PL kompeni besar ke atas tanah NCR. Selesaikan perkara ini sebelum PRU Ke-14. Begitu juga dengan Hak Sarawak yang lain.” ujar Rapelson

Rapelson juga mahu Ketua Menteri Sarawak berlaku tegas terhadap Petronas sekiranya syarikat berkenaan beroperasi tanpa permit dan lesen yang sah seperti dalam kenyataan Ketua Menteri Sarawak dalam Malaymailonline bertarikh 11 Februari 2018 bertajuk “CM: PETRONAS MUST GET PROSPECTING LICENSE TO OPERATE IN SARAWAK”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s