Presiden PBDS Baru Terlibat Dalam Kemalangan

Kuching- Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS Baru), Cobbold John terselamat dalam kemalangan jalan raya pada malam semalam sekitar jam 11.00 malam kemarin ketika kereta yang dipandunya terbabas di kawasan berhampiran batu 13, Kuching (Jalan Lebuh Raya Pan Borneo).

Menurut ketua pemuda parti, Cobbold kemungkinan terlalu letih setelah melawat masyarakat di Simunjan, tempat kelahiran beliau dan kembali semula ke Kuching pada lewat malam.

“Beliau yang dihubungi sebentar tadi menyatakan bahawa keretanya yang dipandunya telah terbabas dan beliau terselamat”, kata Rapelson.

Tambahnya, biar pun pelbagai cabaran dan dugaan,
beliau menyeru masyarakat Dayak dan Sarawak jangan mudah putus asa dan terus berjuang untuk mengembalikan Hak Sarawak seperti yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Orang anggap kita parti nyamuk, namun begitu kita tetap kerap turun padang sendiri menjenguk masyarakat”, jelasnya ketika dihubungi.

Beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan keselamatan dan perjuangan ahli- ahli dan penyokong penyokong PBDS Baru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s