Kemalangan Meragut Nyawa di Sibu

SIBU: Seorang wanita mati lemas akibat terperangkap di dalam kereta yang terbabas ke dalam parit di Batu 8, Jalan Tunku Abdul Rahman, petang tadi.

Dalam kejadian petang itu, mangsa Flora Nuing, 34, menaiki kereta jenis pacuan empat roda (4WD) telah terperangkap dalam kenderaan tersebut.

Menurut Ketua Bomba Zon 4 Sibu PGKB 1 Misran Bisara, pihaknya menerima maklumat kejadian pukul 4.22 petang.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dengan kekuatan keseluruhan seramai 9 anggota bersama sebuah jentera bomba dan EMRS bergegas ke lokasi setelah menerima maklumat itu.

“Sebaik tiba dilokasi kemalangan, anggota kami mendapati kenderaan tersebut dalam keadaan terbalik di dalam parit yang penuh dengan takungan air memandangkan cuaca ketika kejadian adalah hujan lebat. Hanya bahagian tayar sahaja yang kelihatan.

“Anggota bomba berjaya menstabilkan kenderaan tersebut menggunakan ‘winch’ jentera dan mangsa masih terperangkap di dalam kenderaan,” katanya sambil menambah bahawa ia adalah kemalangan kendiri.

Selepas kenderaan itu berjaya distabilkan, Misran berkata, mangsa berjaya dikeluarkan 5minit kemudian.

Namun mangsa telah disahkan meninggal dunia dipercayai akibat lemas ketika masih terperangkap di dalam kenderaannya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s