PBDS Baru Melancarkan “Online Membership Drive”

Miri – Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) melalui satu kenyataan media mengumumkan pelancaran “PBDS Baru Online Membership Drive”. Tujuan pelancaran berkenaan adalah untuk memudahkan orang ramai mendaftar menjadi ahli parti itu.

Dalam kenyataan berkenaan, parti itu mensasarkan sekurang-kurang nya 20,000 ribu ahli pemuda menjelang tahun 2020 kelak. Manakala, jumlah keseluruhan yang disasarkan 100,000 ahli.

“Perjuangan PBDS Baru adalah menyambung legasi perjuangan PBDS yang terdahulu, dan apa yang penting adalah cetusan fenomena Dayakism seperti mana semasa era kegemilangan PBDS pada tahun 80-an”, kata parti itu.

Pendaftaran dalam talian boleh dibuat menerusi laman web http://www.pbdsbaru.com/online-membership-application/. Selain itu, PBDS Baru juga telah melancarkan ruangan komunikasi aplikasi WhatsApps sepertimana yang dipaparkan di rangkaian Facebook mereka.

PBDS telah dibubarkan pada October 2004 dan didaftarkan semula pada 2013 dengan nama PBDS Baru. Semasa dibubarkan, parti itu mempunyai 148,000 orang ahli. Sehingga kini, lebih 100,000 ahli parti itu masih belum menyertai mana-mana parti, manakala 40,000 dikatakan telah menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan yang selebihnya berjuang bersama PKR dan DAP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s