PROJEK KERAJAAN TERGENDALA DI KAMPUNG BATU GONG LAMA, PENDUDUK BINA JALAN SENDIRI – PBDS Baru

SIBURAN – Menurut aduan yang diterima oleh PBDS Baru, penduduk Kampung Batu Gong Lama, Siburan kecewa dengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkenaan dengan pembangunan projek dewan yang terbengkalai sejak Julai tahun lalu (2017). Projek berkenaan dipercayai bernilai RM 200, 000 yang dijangka siap pada Disember 2017 namun terbengkalai sehingga sekarang. Kawasan berkenaan dibawah Parlimen Puncak Borneo dan dibawah Dewan Undangan Negeri Mambong.

Dalam kenyataan yang diterima di sini, Rapelson memberitahu bahawa penduduk kampung berasa amat kecewa kerana tidak dapat menggunakan dewan berkenaan untuk merayakan Hari Krismas yang lalu.

Malah menurutnya, penduduk kampung juga memohon untuk mempercepatkan projek berkenaan atau membeku lesen kontraktor berkenaan sekiranya ia merupakan kelewatan projek BN di kampung berkenaan. Penduduk juga merasai diri mereka diperbodohkan oleh Kerajaan BN.

“Jalan ke dewan pun kami buat sendiri. RM5000 telah kami belanjakan untuk membuat jalan ke dewan kerana kontraktor menyatakan bahawa jalan berkenaan tiada dalam bajet mereka. Sudahlah jalan ke dewan kami sendiri buat namun dewan pula tergendala. Kami berasa diperbodohkan”, menurut penduduk kampung berkenaan.

Penduduk kampung juga membuat aduan bahawa projek menaiktaraf jalan ke kubur juga masih tidak ada maklum balas daripada pihak MP Puncak Borneo, Datuk James Dawos Mamit dan pihak ADUN Mambong Datuk Dr Jerip Susil yang juga merangkap Menteri Pengangkutan Sarawak. Menurut penduduk kampung, kedua-dua Kampung Batu Gong Lama dan Kampung Batu Gong Baru terpaksa mengeluarkan wang sendiri RM 15, 000 setiap kampung dan keseluruhan RM 30, 000 untuk membina jalan ke kubur.

“Tak kan menaiktaraf jalan ke kubur Menteri Pengangkutan Negeri Sarawak tidak mampu untuk uruskan sedangkan penduduk kampung telah mengeluarkan wang sendiri untuk membina jalan ke kubur? Jalan ke kubur bukan untuk komersial. Jalan ke kubur untuk kemudahan semua penduduk kampung untuk memudahkan penghantaran jenazah dan melawat kubur saudara mara. Sepatutnya isu ini selesai seabad yang lalu namun masih tidak dilayan dan tidak diambil perhatian oleh wakil rakyat BN”, ujar salah seorang penduduk kampung berkenaan

Mengulas mengenai kerusi Parlimen Puncak Borneo, Ketua Pemuda PBDS Baru yang juga merupakan Naib Presiden parti dan Pengarah Pilihan Raya Parti Dayak menyatakan bahawa mereka sudah lama isytihar untuk bertanding di Parlimen Puncak Borneo. Calon dan parti tiada masalah atau isu bagi parti pembangkang Dayak.

“Parti sudah isytihar kerusi berkenaan untuk ditanding sejak tahun lepas. PBDS Baru tidak ketandusan calon. Selain daripada saya terdapat calon potensi Dayak Bidayuh tempatan yang berkerjaya sebagai peguam dan juga Doktor. Apa-apa keputusan Majlis Tertinggi PBDS Baru kita akan terima demi Dayak dan Sarawak”, kata Rapelson

“PBDS Baru adalah parti pembangkang Sarawak yang ideal untuk memperjuangkan Hak Dayak dan Sarawak. Dayak harus berhenti menumpang di parti lain dan bersatu dalam satu parti Dayak” ujar Rapelson lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s