Spekulasi: Nanta Bertanding Jawatan Naib Presiden Kanan PBB?

MIRI: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Alexander Nanta Linggi mengekalkan pilihannya sama ada untuk bertanding jawatan Naib Presiden Kanan dalam sidang perwakilan tiga tahun akan datang pada 9 hingga 11 Feb tahun ini.

Nanta, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, memberi respon terhadap spekulasi bahawa beliau mungkin bertanding jawatan itu sebagai naib presiden kanan Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijangka mengisi jawatan Timbalan Presiden bersama Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg baru-baru ini berkata bahawa kedua-dua jawatan timbalan presiden di PBB tidak akan dipertandingkan dalam konvensyen parti akan datang. Awang Tengah dan Uggah kini memangku jawatan timbalan presiden.

Memetik laporan Borneo Post, ketika ditanya sama ada beliau akan menerima pencalonan daripada cawangan untuk bertanding untuk jawatan tersebut, Ahli Parlimen Kapit menjawab,

“Saya terbuka kepada mana-mana pencalonan tetapi saya akan memutuskan sama ada untuk menerima atau tidak pada bila-bila masa.”

Alexander adalah cucu kepada pengasas PBB dan Presidennya yang pertama, Tun Jugah Barieng dan anak bekas ahli politik Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi.

Pada 16 Mei 2013, selepas kemenangannya pada pilihan raya 2013, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di bawah kabinet baru Perdana Menteri Najib Razak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s