Pakatan Harapan Sarawak Menyokong Tun M Sebagai Calon Perdana Menteri


Kuching – Pakatan Harapan Sarawak telah memberi sokongan kepada gabungan PH pusat dalam menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon untuk Perdana Menteri sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan persekutuan selepas 14 pilihan raya umum, seperti yang dilaporkan oleh Borneo Post.
Pakatan pembangkang negeri juga menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri, serta resolusi untuk mendapatkan pengampunan diraja untuk pemimpin de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tun Mahathir adalah orang tepat. Beliau dihormati dan amat disengani oleh masyarakat Melayu di luar bandar”, ujar Chong.

Chong yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak memberitahu pakatan itu telah mencipta sejarah dengan menamakan calon Perdana Menteri dan juga kesepakatan pembahagian kerusi sebelum hari pernamaan  calon dan juga pembubaran parlimen.

Sementara itu, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian menyifatkan Tun sebagai seorang yang memiliki keupayaan kepimpinan yang kuat. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s