Isu ‘Surat Taib’ – Pemuda PBDS Baru Bediri Teguh di Belakang Cobbold

Simunjan – Pemuda PBDS Baru menyatakan mereka bediri teguh di belakang Presiden  berhubung isu viral “Iban Laknat” dalam satu kenyataan media yang diterima di sini.

Menurut Ketua Pemuda parti Rapelson Richard Hamit, barisan pemuda PBDS Baru di seluruh pelosok negeri Sarawak dan tanah air menyatakan pendirian mereka mempertahankan Cobbold disebalik isu ini. Beliau yang juga merupakan Naib Presiden menggesa agar semua masyarakat Dayak dan juga pertubuhan – pertubuhan Dayak memberikan sokongan kepada Cobbold dan juga PBDS Baru. 

“Dengan ini, saya selaku Ketua Pemuda PBDS Baru menegaskan bahawa pihak pemuda bediri teguh dibelakang Cobbold. Beliau seharusnya disanjungi di atas keberanian beliau mendedahkan pekara ini”, tegas nya. 

Walaubagaimanapun, pihak nya juga akan membuat satu laporan polis agar sebuah kertas siasatan dibuka untuk menjalankan siasatan  mengenai kebenaran surat tersebut. 

“Anda perlu ingat, Cobbold hanya memviralkan surat berkenaan. Dan kita juga akan minta PDRM menyiasat siapa pemilik asal surat itu dan kebenaran terkandung dalam surat berkenaan. Tiada seorang pun Iban gembira dipanggil laknat”, ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menggesa NGO Dayak untuk bersatupadu dalam pekara ini, disamping agar semua pihak bertenang dan tidak mengambil tindakan melulu. 

“Saya tahu, seluruh ahli parti dan juga bekas ahli parti sereta seluruh masyarakat Dayak sedang mengikuti pekara ini. Justeru, kita berharap agar semua pihak bertenang”, tambah beliau. 

Rapelson juga menegaskan bahawa PBDS Baru adalah suara masyarakat Dayak dan bukan sebuah parti rasis. Oleh itu, pihak nya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang melabel mereka begitu.

“Sarawak negeri yang berbilang kaum dan PBDS Baru parti yang mewakili masyarakat Dayak. Parti tertakluk kepada perlembagaan dan dalam perlembagaan PBDS Baru tiada menyebut parti ini ditumbuhkan untuk menjadikan Dayak rasis. Jika begitu, macam mana UMNO, MIC, MCA, PAS?, soal beliau.

Cobbold telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching Simpang Tiga pada 10.00 pagi, 15 Januari ini. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s