11 Kerusi Berpotensi Dalam Pertimbangan PBDS

Kuching – Setelah melepaskan kerusi  parlimen Saratok dan Bintulu, PBDS mempertimbangkan untuk bertanding di 11 kerusi. Terdahulu, PBDS telah melepaskan kerusi Bintulu kepada DAP dan kerusi Saratok kepada PKR. Pengumuman ini dibuat oleh Pengarah Pilihanraya PRU14 PBDS, Rapelson Richard Hamit. 

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda dan Naib Presiden parti telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya PBDS pada bulan lepas memberitahu bahawa, parti itu telah menyusun strategi sulit untuk meraih kejayaan pada pilihanraya umum yang akan datang. 

Antara kerusi berpotensi adalah 6 kerusi Iban (Sri Aman, Lubok Antu, Selangau, Julau, Kanowit dan Kapit), 3 kerusi Bidayuh (Puncak Borneo, Serian dan Mas Gading) manakala 2 kerusi Orang Ulu (Limbang dan Hulu Rajang). Tujuh daripada sepuluh kerusi berkenaan adalah milik PBDS sebelum parti berkenaan dibatalkan pendaftaran oleh ROS. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpnan parti kerana telah memberikan peluang kepada anak muda seperti saya untuk menjadi Pengarah Pilihanraya. Tugas ini amat mencabar apatah lagi dalam perang Najib-Mahathir, namun saya akan lakukan sebaik mungkin”, kata beliau. 

Disamping itu, beliau juga memberitahu walaupun PBDS tidak menyertai mana-mana perikatan pembangkang, tetapi PBDS akan berkolaborasi dengan PH dan SAKSAMA untuk memastikan kemenangan ke atas Barisan Nasional (BN). Beliau menambah, kemungkinan mereka juga akan meletakkan calon di parlimen Lanang, namun itu bergantung kepada keadaan semasa kelak. 

“Ya, mungkin kita berkemungkinan akan meletakkan calon dari kem pemuda, tetapi bergantung kepada situasi semasa. Pergolakkan SUPP-UPP adalah peluang kita dan untuk membuka mata masyarakat Iban di kawasan itu bahawa mereka menjadi bahan politik SUPP-UPP”, ujarnya. 

“Dan PH jangan kacau kerusi yang ditandingi kami. Kami telah beri peluang untuk satu lawan satu. Hormatilah parti tempatan”, tegasnya. 

Sehingga kini, PBDS hanya mengumumkan kerusi untuk Puncak Borneo, Lubok Antu, Sri Aman dan Selangau. Diberitakan bahawa di Kapit seorang bekas pegawai tentera bakal dicalonkan dan seorang peguam untuk kerusi Limbang. Manakala untuk Mas Gading dan Serian berkemungkinan besar bakal dipertandingi oleh Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s