PBDS Baru Tidak Menyertai Mana-Mana Perikatan Politik, Jeniri Berbohong

Kuching – Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) menegaskan bahawa mereka tidak pernah sama sekali terlibat dengan mana-mana perikatan politik samada BN, PH atau SAKSAMA. Kenyataan media telah dibuat susulan tuduhan Penganalisis Politik, Dr. Jeniri Amir yang menyatakan bahawa parti itu sebahagian daripada SAKSAMA. 

Walaubagaimanapun, tindakan PBDS Baru ini telah menerima pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Antara tuduhan yang dilemparkan adalah menganggap mereka sebagai alat politik BN untuk memecahkan undi. Namun demikian ramai juga berpendat bahawa PBDS Baru adalah platform politik bagi masyarakat Dayak dan tidak bergantung kepada kuasa politik lain yang dipelopori oleh masyarakat Melayu, Melanau dan Cina. 

Dalam kenyataan media, PBDS Baru menjelaskan bahawa mereka memilih untuk tidak menyertai mana-mana gabungan politik kerana tidak mahu menerima nasib yang seperti SNAP dan PBDS dahulu. 

“Kita tidak pernah menubuhkan parti, tetapi kita menghidupkan semula parti agung kita, iaitu, PBDS”, kata Pengarah Pilihanraya PBDS Baru Rapelson. 

“Protem Presiden Louis Jarau pernah menjelaskan kepada media bahawa PBDS tidak pernah keluar dari komponen BN sebelum ianya dibubarkan oleh ROS pada tahun 2004. Namun beliau memberitahu bahawa hala tuju parti itu akan ditentukan pada Persidangan Tiga Tahun Sekali dan tahun 2016 kita telah menyatakan pendirian sebagai pembangkang tempatan”, kata beliau. 

Akan tetapi kenyataan tersebut telah menjadi bahan propaganda politik BN dan PH untuk merosakkan reputasi parti beteraskan Dayak itu.

Menurut beliau juga, sekiranya PH benar-benar serius menjalin kerjasama, mereka tidak seharusnya membawa Agenda Malaya dan perlu memperakui kewujudan parti tempatan di negeri ini. 

“Masyarakat Dayak dan rakyat Sarawak sudah merasakan betapa sengsaranya polisi proxy UMNO-PBB, habis harta kekayaan Sarawak dibolot oleh Malaya”, katanya.

“Yang tinggal adalah tanah NCR dan bakal terhakis sekiranya polisi tanah Sarawak di bawah Kerajaan BN dikekalkan”, jelasnya.

Oleh yang demikian, kewujudan PBDS bukan sahaja untuk memperjuangkan nasib kaum Dayak, malah, mempertahankan hak Sarawak yang semakin terhakis dalam MA63.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s