PEMUDA PBDS BARU SELAR KENYATAAN PELOBI PDP SARATOK BASIL THOMAS

KUCHING – Pemuda Parti Bansa Dayak Sarawak Baru menyelar sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh pelobi PDP kerusi Saratok, Basil Thomas. Basil dalam kenyataan media nya memberitahu bahawa isu tanah NCR hanyalah permainan politik pembangkang untuk meraih undi di Sarawak terutamanya di kawasan Dayak. Susulan itu, Ketua Pemuda PBDS Baru memberitahu bahawa isu Tanah Hak Adat (NCR) merupakan isu masyarakat asal Sarawak, terutamanya masyarakat Dayak dan merupakan isu yang amat unik sekali kerana melibatkan kerajaan yang memerintah, pemegang Provisional Lease (PL), badan berkanun seperti FELCRA, LCDA, wakil rakyat, pelabur seperti Tabung Haji, TA An, Rimbunan Hijau dan pemilik asal tanah NCR. Sehingga kini, terdapat kira-kira 400 kes menunggu perbicaraan di Sarawak. 

“Kita telah menang di kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Rayuan untuk kes NCR Rumah Sandah Kanowit, Tuai Rumah Nyutan Kampung Lebur dan Tuai Rumah Masa Anak Nangkai Kampung Tekuyong. Akhirnya, Kita telah kalah di Mahkamah Persekutuan. Kita Orang Asal Sarawak terutamanya masyarakat Dayak dilayan lebih teruk daripada binatang. Orang Utan pun diberi pelindungan dan tempat tinggal yang sewajarnya? ujar Rapelson.

“Tapi kita Orang Asal Sarawak?. Sepatutnya Kanun Tanah Sarawak (Land Code) adalah Ordinan Tanah yang lebih Tinggi daripada kuasa Mahkamah Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Sekiranya pihak Kerajaan Negeri Sarawak dan Syarikat kalah di Mahkamah Tinggi mereka sepatutnya mengembalikan Hak kepada masyarakat atau menawarkan situasi menang menang dan bukan merampas Tanah mereka melalui Mahkamah Persekutuan. Ini melanggar MA63” jelas beliau.

Rapelson mempersoalkan kredibiliti Basil sekiranya beliau dicalonkan oleh PDP untuk parlimen Saratok kelak. Kata Rapelson, walaupun mempunyai ideologi politik yang berbeza, mereka yakin ADUN Krian bakal dicalonkan oleh PKR di parlimen itu pada PRU14 akan datang. 

“Oleh itu, PBDS Baru tidak meletakkan sebarang calon di Saratok kerana YB Ali Biju adalah satu-satu nya Iban yang menjadi pembangkang di DUN malah beliaulah yang mewakili suara rakyat Iban yang tidak berpuas hati dengan dasar Barisan Nasional dan kita doakan kejayaan beliau”, kata Rapelson

“Basil bukan seorang pemimpin, tetapi tukang ampu demi misi politik peribadi beliau dan sanggup mengabaikan isu Tanah NCR rakyat. Basil terlalu ghairah untuk menjadi calon. Apatah lagi sekiranya beliau menjadi wakil rakyat, habislah (tanah) dan mungkin beliau akan menjatuhkan presiden mereka”, kata Rapelson.

Beliau menambah PBDS Baru bukan hanya memperjuangkan Hak Dayak namun memperjuangkan isu Sarawak secara umumnya iaitu Perjanjian Malaysia (MA63), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), sekolah daif dan jurang fiskal pendapatan bandar dan luar Bandar, kemiskinan luar Bandar. Beliau juga memberitahu pihak Pemuda PBDS Baru telah menjemput Pengerusi BNBCC, Paulus Gumbang untuk mengadakan forum terbuka sebanyak tiga kali namun Paulus masih berdiam diri dan gagal memberi sebarang respon. – Dayak News Portal

Your news can be emailed to us at editor@dayaknewsportal.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s