Kerajaan Barisan Nasional Sarawak Bisu Mengenai Data Statistik Tanah Negeri Sarawak – PBDS

 

Sri Aman – Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) meminta Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak untuk bertindak lebih proaktif berhubung isu tanah di negeri ini. Kenyataan berkenaan dibuat susulan kegagalan Barisan Nasional memberikan data statistik pemilikan tanah di Sarawak. Jelas Cobbold yang juga merupakan presiden parti, apa yang seharusnya dilakukan oleh Kabinet BN Sarawak adalah mengeluarkan data statistik pemilikan tanah di Sarawak. 

“Sekiranya Kerajaan BN negeri pimpinan Abang Jo serius dan ikhlas dalam menyelesaikan isu Tanah NCR, mereka perlu mengeluarkan data statistic status tanah di negeri ini”, kata Cobbold.

Menurut nya, umum sedia mengetahui bahawa tanah di Sarawak adalah hak milik kerajaan dan dibahagikan kepada dua kategori “registered stateland” dan “unregistered stateland”. Tanah Hak Orang Asal (NCR) adalah dibawah “unregistered stateland”.

“Unregistered stateland” ini yang menjadi isu apabila kerajaan memberikan PL(provisional lease) kepada pihak syarikat atau individu tertentu menerusi Seksyen 28 Kanun Tanah Negeri”, jelas Cobbold.

Menurutnya lagi, pihak Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak berkewajipan mengeluarkan data statistic untuk pengetahuan umum. Beliau meminta agar Abang Jo dan Kabinet negeri memberitahu rakyat Sarawak berapa keluasan tanah yang telah digazet sebagai “registered stateland”, tanah yang dikategorikan sebagai “unregistered stateland”, provisional lease (PL) yang telah diberikan, tanah yang telah diberikan geran individu dibawah Seksyen 18 dan syarikat syarikat yang memegang pajakan berkenaan. 

“Selain itu, pihak PBDS juga ingin tahu status pemilikan tanah yang telah menjadi gunasama dibawah Seksyen 6”, ujar Cobbold. 

Beliau berkata, tidak ada alasan Barisan Nasional gagal mengeluarkan statistik berkenaan melainkan ada “something to hide”. Katanya, Jabatan Tanah dan Ukur Negeri seharus nya memiliki data tersebut.

“Ya..sepatutnya tak menjadi masalah. Lain lah jika ada pihak berkepentingan memiliki tanah yang perlu dilindungi. Kita rakyat Sarawak terutama nya kaum Bumiputera seperti orang Dayak, Melanau dan Melayu berhak mengetahui pekara ini”, kata Cobbold.

Beliau juga meminta kerajaan BN Sarawak mendedahkan dokumen asal berkaitan pembentukan Malaysia yang diperoleh di London dibawa ke pengetahuan umum. Menurutnya, kemungkinan ada element penting berkaitan tanah NCR terkandung dalam dokumen berkenaan. 

“Kita tengok dan lihat ketelusan kerajaan BN Sarawak nanti. Jangan pula kata under Akta Rahsia Rasmi (OSA)..susahlah”, kata Cobbold. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s