Jalan Sibu Bintulu Rosak Teruk, Keselamatan Pengguna Terancam – Mengga Mikui

Sibu – Keadaan teruk jalan raya Sibu-Bintulu harus diselenggara dan tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Keadaan jalan yang berlubang dan tidak rata bakal mengancam keselamatan pengguna jalan raya dan juga orang awam.

Menurut Mengga, antara kawasan yang rosak teruk dan berlubang adalah berhampiran dengan Jambatan Mukah/SelangauJambatan Balingian/Tepus, Sungai Selabi Balingian, Sungai Aping Balingian, Sungai Kemena Balingian,Sungai Arip Balingian dan Sungai Buluh Selangau.

Menurut Mengga, seakan-akan tiada sebarang usaha yang ditunjukkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak kontraktor CMSB untuk menyelenggara keadaan jalan tersebut. Difahamkan, CMS Road telah dianugerahkan kontrak untuk menyelenggara jalan raya di Sarawak.

“Tiada sebarang usaha fizikal yang dilakukan oleh JKR dan juga CMSB dalam kerja-kerja menyelenggara jalan Sibu Bintulu. Malah wakil rakyat P214 Selangau Datuk Joseph Entulu pun berdiam diri”, tegas Mengga.

“Kita tahu Projek Lebih Raya Pan Borneo sedang giat dijalankan, tetapi kerja penyelengaraan jalan sedia ada dan pembinaan Pan Borneo adalah dua pakej yang berbeza”, kata beliau.

Oleh itu, Mengga yang juga merupakan calon berpotensi PBDS untuk P214 Selangau meminta agar JKR dan CMSB tampil untuk memberikan penjelasan kepada umum dan kerja penyelengaraan jalan Sibu Bintulu perlu dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Your news can be emailed to us at editor@dayaknewsportal.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s