Cadangan Wujudkan Timbalan Perdana Menteri Untuk Sarawak, Bukan Untuk PBB

Kuching – Ketua Pemuda PBDS, Rapelson Richard Hamit membidas kenyataan Pengerusi PBB Cawangan Batu Kawa Dato Ahmad Ibrahim tempoh hari. 

Dalam kenyataan nya, beliau memberitahu bahawa PBB Cawangan Batu Kawa akan membawa usul tersebut dan meminta agar satu lagi jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada pemimpin bukan UMNO. Menurut portal tersebut, beliau turut mencadangkan agar PBB diberikan jawatan tersebut memandangkan PBB adalah parti kedua terbesar kerusi dan merupakan tunjang belakang BN. 

Rapelson ketika dihubungi memberitahu bahawa PBB sudah ketandusan idea malah meniru cadangan yang pernah dikemukakan oleh PBDS menerusi sebuah kenyataan media pada 31 Ogos yang lalu. 

“PBB kehabisan idea dan meniru cadangan PBDS. Saya pernah memberitahu dan mencadangkan agar TPM 1 (Malaya), TPM 2 (Sarawak) dan TPM3 (Sabah)”, kata Rapelson.

“Malah saya mencadangkan agar jawatan Perdana Menteri itu sendiri digilirkan dan bukan hanya berpusat dibawah penguasaan UMNO sahaja”, tambah beliau. 

Menurutnya lagi, tidak ada termaktub pun sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia untuk seorang Timbalan Perdana Menteri. 

“Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut secara jelas kewujudan jawatan Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya pelantikan untuk jawatan itu adalah di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong atas cadangan Perdana Menteri”, jelas beliau. 

Oleh itu katanya, itu adalah mengikut kehendak Perdana Menteri. Namun beliau kurang yakin sekiranya Najib berbuat demikian dan salah satu sebab adalah hak wilayah Sabah Sarawak dan isu royalti minyak yang dilihat menghantui Kerajaan Pusat. 

“Dato Ahmad Ibrahim janganlah menciplak cadangan dan idea PBDS, jika dah tak ada idea yang bernas, undurlah, bukan hanya nak bolot semua jawatan”, kata Rapelson. 

Your news can be emailed to us at editor@dayaknewsportal.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s