Ucapan Taun Baru 2018 Dari Presiden PBDS – Utamakan Agenda Perpaduan Politik Dayak

Sri Aman – Ucapan Tahun Baru 2018 Presiden PBDS, Cobbold John menarik perhatian umum. Dalam sebuah posting nya di Facebook, beliau menekankan bahawa Perpaduan Politik merupakan agenda penting dalam politik masyarakat Dayak. Perpaduan politik ibarat “Ibu Segala Agenda” dan sebagai kunci kepada agenda yang lain.

Beliau juga menegaskan ahli-ahli politik dari kalangan masyarakat Dayak harus “Berani Megai Ulu”. Tambahnya, tidak ada keperluan untuk orang Dayak bernaung dibawah kuasa politik lain dan mengharapkan ehsan politik mereka kerana ini hanya akan menimbulkan fenomena bertuankan orang lain. Ungkapan ini dilihat sinonim dengan kata-kata dari mantan Presiden PBDS Tan Sri Leo Moggie dan Dato’ Seri Daniel Tajem yang pernah menyebut “We Shall Be a General, Instead of Foot Soldier” dan “Kayuh Ka Perau Diri Empu”. 

Dalam mesej Taun Baru nya, Cobbold juga menjelaskan tujuh visi dan misi PBDS iaitu:

1. Menegakkan Hak Sarawak

2. Memartabat dan Mengangkat Tahap Pendidikan Kaum Dayak

3. Menjamin Kesejahteraan dan Perpaduan Masyarakat Dayak

4. Memartabatkan Budaya dan Adat Asal Bansa Dayak

5. Mempertahankan Hak Tanah Adat Bansa Asal (NCR)

6.Meningkatkan Taraf Ekonomi Masyrakat

7. Mempertingkatkan Jumlah Penyertaan Golongan Wanita Dayak Dalam Sosio Ekonomi

Beliau juga mengharapkan agar masyarakat Dayak Sarawak harus meneliti dan mengadaptasi diri mereka dengan perubahan terkini sama ada dari segi sosio-politik, sosio-ekonomi dan juga sosio-pendidikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s