Forum Terbuka, BNBBC Masih Berdiam Diri – Rapelson

Kuching – PBDS Baru memaklumkan belum ada sebarang jawapan dari pihak BNBBC Sarawak berhubung dengan forum terbuka yang dikemukakan. 

Rapelson yang juga merupakan ketua pemuda parti itu memberitahu pihak nya belum menerima sebarang maklum balas dari BNBBC Sarawak malah tiada sebarang kenyataan media dari pihak BNBBC berhubung isu itu.

“Pihak kami tidak ada menerima sebarang respon dari Paulu Palu Gumbang dan kami berharap agar beliau memberi respon secepat mungkin. Ini kali ketiga kami mengeluarkan jemputan secara terbuka”, kata Rapelson.

Dalam kenyataan media beliau di sebuah portal online pada 18 November lalu, Rapelson mengajak Paulus dan BNBBC mengadakan forum terbuka berkaitan isu-isu yang yang berkait rapat dengan polisi kerajaan BN Sarawak. 

Ini adalah susulan daripada kenyataan terbuka BNBBC menyokong keputusan BN negeri yang menolak usul Tanah Adat Bansa Asal (NCR) berhubung Seksyen 5 yang dikemukakan oleh Baru Bian ( PKR – N81 B’klalan). 

“Kita ajak BNBBC untuk bersemuka dan mengadakan forum terbuka agar semua rakyat Sarawak dapat bersama-sama kita mengetahui pekara sebenar sereta resolusi menyelesaikan masalah tersebut”, ujarnya. 

Dalam kenyataan media lalu, antara intipati forum yang dikemukakan oleh beliau adalah MA63, JPA, sekolah daif dan jurang fiskal pendapatan masyarakat bandar dan luar bandar. 

“Paulus, sebagai wakil rakyat perlu berani tampil dan bukan hanya mengeluarkan kenyataan di media arus perdana. Jangan hanya berani di atas kertas. Kertas tak tahu menjawab anda”, tegasnya. 

“Adakah ini budaya Barisan Nasional? Lihat sahaja sikap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Beliau dengan megah ajak orang berdebat, tapi bila orang sahut cabaran beliau berselindung disebalik dewan. Adakah kita mahu dipimpin oleh orang yang pengecut?”

Sementara itu, beliau juga mengharapkan Kabinet Negeri Sarawak dan Jawatankuasa Khas PMPG memberi jalan penyelesaian isu NCR dengan telus. 

“Datuk Uggah mengumumkan persidangan tanah NCR pada bulan Januari 2018. Diharapkan penyelesaian adalah telus dan tidak memihak kepada pihak pemegang PL sereta kerajaan sahaja. Cukuplah”, tegasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s