Wujudkan  Jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua – PBB Batu Kawa

KUCHING: Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Batu Kawa menyeru agar jawatan Timbalan Perdana Menteri tambahan diwujudkan untuk diisi oleh mana-mana pemimpin bukan Umno dari Sarawak atau Sabah.
Pengerusinya, Dato Ahmad Ibrahim berkata cawangan PBB Batu Kawa berharap Barisan Nasional (BN) akan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu, atau dua, jawatan TPM khusus untuk pemimpin bukan Umno.

“Salah satu daripada jawatan TPM ini seharusnya menjadi pemimpin dari Sarawak,” kata Ahmad dipetik daripada sebuah akhbar tempatan.

Beliau juga menyatakan PBB perlu diberi jawatan TPM itu kerana ia mempunyai bilangan kerusi parlimen kedua tertinggi selepas Umno.

“Kami akan membawa pekara ini (mewujudkan jawatan TPM tambahan) di mesyuarat cawangan pertama kami untuk 2018 pada 2 Januari, dan mengusulkan permintaan ini dalam resolusi cawangan kami.

“Kami juga akan mengemukakan cadangan ini untuk pertimbangan  kepimpinan parti (PBB).

“Jawatan TPM tambahan adalah baik untuk negeri (Sarawak),” katanya.

PBB merupakan gabungan PESAKA dan Bumiputera merupakan tunjang Barisan Nasional Sarawak. Pada pilihanraya negeri yang lalu, PBB menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan. Untuk rekod tiga jawatan tertinggi kabinet negeri dipelopori oleh PBB iaitu Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri 1 dan Timbalan Ketua Menteri 3. Manakala Timbalan Ketua Menteri 3 disandang oleh Tan Sri Dr. James Jemut Masing yang juga Presiden PRS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s