Politik : Krisis SUPP-UPP, TERAS Bagaimana? Dilema BN Sarawak


Kuching
– Sokongan tidak berbelah bahagi BN Sarawak kepada SUPP seakan-akan menidakkan kecemerlangan UPP iaitu sebuah parti serpihan hasil daripada kemelut dalaman SUPP pada tahun 2015. Pada pilihanraya PRN 11 negeri yang lalu, UPP memenangi 4 daripada 6 kerusi yang ditandingi.

Kegagalan mencapai kesepakatan diakhiri dengan formula calon langsung yang membawa kepada kemenangan besar BN Sarawak dengan memenangi 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Keupayaan UPP tidak dapat dipertikai dan sejurus selesainya PRN 11, parti berkenaan telah melancarkan “membership drive” dan juga telah melaksanakan Rancangan Sibu RS1 yang dilihat sebagai satu impak kepada pembangunan masyarakat di Sibu.

Kecemerlangan UPP dan kesetiaan SUPP secara tidak langsung menjadi dilema kepada Barisan Nasional menjelang Pilihanraya Umum 14. Pada TDC SUPP tempoh hari yang lalu beberapa isyarat penting disampaikan semasa perasmian oleh YAB Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak. Antaranya ialah, SUPP dalam resolusinya menolak semua calon langsung BN. Perdana Menteri mengamanahkan Ketua Menteri Sarawak Datu Patinggi Abang Johari  untuk menyelesaikan krisis SUPP-UPP. Beliau menaruh kepercayaan kepada Abang Jo akan mempunyai formula untuk penyelesaian ini. Manakala Abg Jo menyeru kepada”mereka” yang telah terpisah agar kembali kepada SUPP sekiranya perjuangan mereka bukan untuk tujuan peribadi.

Susulan itu, sepertimana yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan, Presiden UPP Dato’ Seri Wong Soon Koh menyatakan beliau kurang jelas dengan mesej yang disampaikan oleh Ketua Menteri dan bercadang untuk berjumpa dengan Ketua Menteri untuk mendapatkan kepastian. Beliau juga menegaskan bahawa ‘mereka’ tidak pernah meninggalkan SUPP sebaliknya telah dipecat dari parti berkenaan.

“One Big Family” merupakan sebuah hadiah berharga sempena Hari Natal dan Tahun Baru 2018 buat SUPP-UPP, tetapi, sebaliknya pula Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) yang seakan – akan tenggelam tanpa berita. Ramai yang meramalkan mantan Presiden TERAS Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom bakal digugurkan pada PRU14 yang akan datang. Namun, ada juga pihak berpendapat bahawa Mawan bakal dicalonkan semula untuk Parlimen Saratok. Mawan pada pilihanraya negeri yang lalu bertanding atas tiket BN langsung berjaya mempertahankan kerusi DUN Pakan dengan kemenangan yang amat tipis iaitu 426 undi majoriti.

Berita mengenai sebahagian besar ahli TERAS bakal menyertai PBDS dinafikan oleh Setiausaha Agung PBB Datuk Stephen Rundi Utom dan beliau menyifatkan berita itu khabar angin dan menyeru agar PBDS mengeluarkan statistik keahlian mereka. Lantaran berita tersebut, presiden PBDS Cobbold John memberitahu PBB tidak seharusnya campur tangan hal TERAS memandangkan TERAS bukan sebahagian komponen BN Sarawak.

Walaubagaimanapun, pengikut-pengikut setia Mawan tetap menaruh harapan tinggi bahawa keputusan muktamad adalah ditangan “Apai Besai Menua Malaysia”. Adakah pemberontakan TERAS bakal berlaku sekiranya Mawan tidak dicalonkan dan sudikah PDP memberi ruang kepada Mawan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s