Perayaan Krismas dan Gawai Dayak Kurang Disiarkan di Media Arus Perdana – Rapelson

Kuching – Sayap Pemuda Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) menyatakan kekecewaan mereka terhadap kegagalan media arus perdana seperti RTM1, RTM2 dan TV3 mempromosikan iklan perayaan Hari Krismas yang bakal disambut oleh seluruh umat Kristian dalam tempoh kurang seminggu lagi. 

PBDS Baru menerusi Ketua Pemuda nya merasakan pekara ini sudah menjadi sinonim setiap kali menjelang perayaan Hari Krismas, Gawai Dayak dan Tadau Keamataan malah pihak kerajaan negeri mengambil inisiatif sendiri disebalik kerajaan persekutuan memandang remeh isu ini. 

“Mungkin kerana tiada penaja untuk iklan berkenaan, maka iya nya tidak disiarkan dalam media arus perdana. Ini amatlah mengecewakan”, kata Rapelson. 

Tambahnya lagi, keadaan berbeza semasa menyambut perayaan lain seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali malah Hari Wesak disiarkan secara esklusif.

“Oleh itu, keadaan ini berat sebelah dan tiada timbang tara terutamanya Gawai Dayak. Oleh kerana kekurangan promosi, maka orang Malaya tidak mengenali budaya dan adat resam orang Dayak di Sarawak. Ini tidak seharusnya berlaku dalam konteks 1Malaysia yang dilaungkan oleh PM Najib”, jelasnya. 

Dengan kesempatan yang sama, beliau mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru 2018 kepada semua umat Kristian di seluruh Malaysia. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s