Ketua Masyarakat Mempunyai Bidang Kuasa ke Atas Tanah

Kenyataan Pejabat Daerah Bintulu Mengelirukan Rakyat – Rapelson Richard Hamit

Kuching – Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) membidas sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Bintulu yang mengatakan Ketua Masyarakat tiada kuasa mengesahkan Status Tanah (Hak Adat Bumiputera) untuk individu-individu tertentu bagi tujuan permohonan dan pembangunan tanah yang tidak dikeluarkan dokumen hak milik tanah atau geran tanah.

PBDSB melalui Ketua Pemuda nya, Rapelson Richard Hamit mengeluarkan kenyataan media bagi membantah kenyataan tersebut susulan pekara berkenaan menjadi tular di media sosial.

“Dua perkara yang menimbulkan keraguan kita terhadap kenyataan yang ditandangani oleh Pegawai Daerah Bintulu Encik Mataip Sayu. Pertama beliau memberitahu ketua-ketua masyarakat dan ketua – ketua kaum tidak mempunyai kuasa ke atas tanah”, katanya.

 

IMG-20170912-WA0007.jpg

“Kedua adalah kenyataan beliau yang bercanggah dengan Kod Tanah Sarawak apabila beliau menyatakan bahawa, pengesahan status Hak Tanah Adat Bumiputera adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Tanah dan Ukur negeri Sarawak”, kata Rapelson.

Menurutnya, pekara pertama tersebut jelas diperuntukan dalam Adat Iban Tusun Tunggu 1993 yang mana Seksyen 14 dan Seksyen 15 memperuntukkan kuasa ke atas tanah mereka.

Selain itu, ujar Rapelson, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan juga telah mengiktiraf bidang kuasa Tuai Rumah dan ini telah memberikan kemenangan kepada kes Tuai Nyutan, Tuai Rumah Massa dan Tuai Rumah Sandah.

Rapelson juga meminta Mataip untuk merujuk dengan Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak untuk mendapatkan kepastian sekiranya masih samar dalam pekara ini. Beliau memberitahu bahawa, Jabatan Tanah dan Ukur hanya berkuasa ke atas pentadbiran tanah yang mempunyai geran atau tanah yang telah didaftar sebagai tanah negeri (registered stateland) sahaja dan tidak mempunyai bidang kuasa ke atas tanah yang belum didaftarkan (ungeristered stateland).

“Apa yang lebih merisaukan adalah kenyataan ini akan memberikan implikasi ke atas bidang kuasa ketua kaum di daerah lain dan melemahkan insititusi ketua kaum Dayak”, katanya.

“Pekara ini juga akan menyebabkan kesukaran kepada pekebun kecil penanaman sawit kelak. Maka, ini jelas sekali adalah “the hidden agenda” Barisan Nasional untuk melumpuhkan kuasa pemilikan Hak Tanah Adat Bansa Asal di Sarawak.

“Oleh itu, Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat harus bangun menentang penindasan kuasa yang berlaku ini”, tegas Rapelson

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s